Jangan Buat Hutang Jahat

Hai Orang Muda Ekselen..

Sebenarnya saya tidur agak awal malam tadi. Sebab itu saya terbangun awal hari ini. Pukul 4 pagi saya dah terjaga. Macam-macam orang ada. ada bangun 4 pagi buat tahajjud, saya sempat membaca sikit. Buku baru yang dapat dari Pn Areena A Rahman, Motivator terkenal tu belum sempat buka lagi (alasan sebab tak baca la ni) berjudul SENI MENJADI KAYA.

Betul Puan Areena, saya hanya tengok kulit saja sekarang ni pun. Isi kandungan pun belum lagi. Agaknya kurang berkat sebab saya tak berusaha dapatkan tandatangan penulis nya semasa Konferens IAN SCOTT INTERNATIONAL hari tu ye..!!

Cerita hari ini berkait dengan MENJADI KAYA juga. Orang Muda (dulu saya muda tak ada orang ingatkan) dan Orang Dewasa sekarang (pesan pada diri) mempunyai 3 tips untuk menjadi kaya. paling tidak pun menjadi kaya harta, yakni MEMILIKI RUMAH SENDIRI semasa masih muda.

TIPS ORANG MUDA MEMILIKI RUMAH SENDIRI

#1 – MENYIMPAN LAH…!!!

Nak beli rumah tidak susah. Ada pemaju buat rumah, kita pergi tengok, tinjau, semak, rasa sesuai, BELI.

Tetapi Untuk membeli rumah, kebiasaanya memang perlukan duit DEPOSIT Biasanya, 10% ke 15%. Namun kadangkala, tak perlu pun. Ada banyak pakej membeli rumah dengan modal yang rendah.

Jadi, kalau tak menyimpan mana nak ada deposit. Cuba lah menyimpan, siap sedia untuk rembat jika ada peluang.

Contoh #1 : Jika gaji anda RM3,000, simpan hanya RM300 sebulan. Jika nak beli rumah RM200,000, deposit perlu 15% iaitu bersamaan RM30,000. Jika 100 bulan baru dapat RM30,000, bersamaan 8 tahun.

Jadi, sepatututnya anda yang sudah bekeja 8 tahun sudah boleh membeli rumah sendiri kerana dan ada RM 30,000.00. Ini ditambah pula dengan KWSP akaun 2 yang boleh digunakan untuk deposit rumah.

Nampak makin susah nak beli rumah tetapi mesti betul caranya.

# 2 – SELALU BERTANYA PADA YANG TAHU

Perkara ini jarang kita buat. Kita malu nak tanya pada orang yang muda tetapi sudah memiliki rumah sendiri. Cuba bertanya pada mereka bagaimana masih muda sudah memiliki rumah sendiri.

#3 – JANGAN BUAT HUTANG JAHAT

“Hutang Jahat”? Maksud hutang jahat adalah hutang hutang yang tak membantu menyelesai masalah kewangan. 

Langkah mereka yang lakukan perkara tersebut itu mereka ingat ia jalan terbaik. Tapi ia sebenarnya beban yang berlarutan dan kesannya berpanjangan. SANGAT BERPANJANGAN

Contoh #1 : WAN bukan nama sebenar membuat personal loan untuk berkahwin. (Bukan saya tau…!!!)

WAN terpaksa membayar 9 tahun personal loan sebanyak RM800 sebulan. WAN dah 3 anak, 1dah sekolah pun tak habis hutang lagi. Amacam?. bila mau habis da. jadi BILA NAK BELI RUMAH?

Contoh #2 : WAN memang liar biji mata bila lihat kawan-kawan lepak kat dataran dengan kereta idaman HONDUA 1.5 masing-masing. Pergh dengan bunyi ekszos guruh dilangit air ditempayan dicurahkan. Wan pun tengok, pilih, telek, dapat lowerd CRJekz sebijik.

Nah… Turun sikit downpayment, sudah boleh bergaya dengan bayar RM 1100.00 sebulan. Merayap. Dengan minyak, maintainance, cukup tahun, roadtax. Pergh..baru tau… 7 tahun ke 9 tahun beb. Bayar kereta jer…

Rumah mana?

Tu lah, beli kereta tak salah, beli kereta yang tak sesuai akan menyakitkan otak anda.

JADI, ELAKAN BUAT HUTANG JAHAT…

Buat hutang baik tak apa. Personal Loan, buat deposit beli rumah. Salah ker??

RUMAH TU HARTA YANG MAKIN NAIK HARGANYA. KAWAN SAYA BARU CALL SEMALAM. Dia beli dulu di ………… RM 120.000.00 sekarang nak jual harga RM 300,000.00 . Anda nak beli??

Buat Hutang Baik..

Terima kasih.

WAN