Usaha Gigih Belum Tentu Sukses

Salam Sejahtera

Hari-hari, pagi sampailah ke petang, bersambung ke lewat malam kita bekerja. Kita berusaha bersungguh-sungguh tanpa jemu dan lengah.

Di zaman ini, kita mengadap komputer menyapkan kerja. Kita bangun, bergegas ke pejabat atau kedai, lakukan itu dan ini, promisi dan layan pelanggan. Selesai separuh hari. Ramai klien kita, orang awam atau pelanggan yang datang.

Kita dapat banyak wang. Banyak untung. Kita gembira. Kita hebat. Kerja kita berjaya. Sukses bisnes kita.

Kita makin senang dan mewah. Kita bergaya. Orang puji kita hebat lalu kita pun rasa kita hebat. Kita power. Kita rasa kita memang antara orang yang berjaya. Ada orang yg mungkin tidak berjaya seperti kita.

Kita rasa kita tak sombong, tak bongkak tak riak. Tapi dalam masa yang sama, 24 jam sehari kita nampak kerja dan kerja. Kita lupa siapa yang mengatur agar kita berjaya hari-hari.

Asalnya kita ada apa?

Tak ada kan..!!. Kita tak ada duit. Tak ada harta. Tak ada kereta, tak ada ofis, tak ada kedai, tak ada barang, tak ada pendapatan pun. “Nothing”.

Kita hanya bergantung kepada orang lain. Nak makan, orang lain bagi. Nak jalan, orang lain bawa. Nak shopping, orang lain bayar. Nak pakai, orang lain beli.

Jadi, kita ada apa???. Tiada kan.

Sekarang kita ada semua. Kita lupa bahawa semua yang kita ada itu adalah dari orang lain. Dari ibubapa, adik beradik, kawan-kawan, jiran, pelanggan kita. Mereka yang beri kita jadi seperti sekarang..!!. Kalau mereka tak beri sokongan dan wang pada kita, beli barang kita, adakah kita seperti sekarang?

Kejayaan menjadikan kita alpa dan lupa bahawa yang mengatur semua itu adalah Allah. Allah beri kita ibu bapa yang baik, yang membantu. Allah beri kita adik beradik yang menyokong. Allah beri kita sahabat handai yang membantu. Allah beti kita pelanggan yang baik.

Jadi, Allah beri kita wang, pendapatan dan kekayaan. Jangan sombong. Semua itu hasil dari kita pernah bersungguh-sungguh bermohon pada waktu kita susah dahulu. Waktu susah itu kita selalu ingat pada Nya.

Terapi, apabila kita sudah mendapat segala itu kita menjadi lupa..!!!. Lupa kepada ibu bapa, sahabat handai dan semua. Lupa berdoa. Lupa besyukur. Lupa Allah.

Kita semakin lupakan Tuhan. Lupakan Allah. Kita makin jauh, Yang wajib 5 waktu kita lupa. Yang sunat kita rasa ia langsung tidak penting kerana kerja kita anggap lebih penting.

Takbur..!!. Riak..!!. Sombong..!!!

Jika Allah boleh aturkan kejayaan kita dari kosong menjadi penuh, masakan Allah tidak boleh tarik dari penuh menjadi kosong.!.

Kerana itu, selalu lah bermuhasabah bahawa kejayaan kita itu bukan hasil dari kita seorang, ia adalah kerana keredhaan Allah.

Sekali kita alpa, selamanya Allah berikan kita kecewa.

Selamat beribadah, selamat bermuhasabah.

899total visits,2visits today