Jom Bina Laman Web

Uhhh… bunyi macam senang gila…!!!.

Di akhir posting yang sebelum ni, Cari Ilmu Dulu, saya ada sebut tentang perlunya Domain didaftarkan untuk membolehkan kita membina laman web. Tiada Domain macam mana nak bina laman web…

Kali ini kita mahu belajar serba sedikit sahaja proses dalam membina laman web. Tidak terperinci, sekadar memberitahu anda saja. tak belajar memang tak boleh buat. Ianya sangat teknikal.

Kata orang, lebih baik upah orang buat dari membuat laman web sendiri.

Kita nak buat laman web. Laman web kita tak perlulah ‘sofisticated gila’ macam laman web korporat yang harganya sampai puluhan ribu. ada yang sampai 1 juta setahun termasuk dengan servis pengendalian semua jenis teknikal dalam laman itu.

Contohnya sebuah kolej tiodak mempunyai kepakaran dalaman membuat dan mengendalikan web yang sofisticated. Mereka melanggan perkhidmatan dari Website Professional Designer
. Itu yang mahal..

MAMPU KE TIDAK MAMPU

Harga laman web yang begitu memang lah mahal. Kenapa perlu yang begitu mahal??’. Sedangkan kita hanya ingin menjual satu produk atau satu perkhidmatan sahaja.

Kita jalankan perniagaan kecil dan sederhana. Langgan laman web berharga RM 30 ribu. Ianya tidak wajar. Langsung tidak wajar…

DOMAIN SENDIRI

Apa maksudnya dengan domain?

Domain pula boleh berakhir dengan .com atau .my atau com.my atau .biz (seperti https://1wan.biz) , .net .info atau .org

Secara umum, nama domain merupakan sumber Internet Protocol (IP), seperti komputer peribadi yang digunakan untuk mengakses Internet, komputer pelayan hosting laman web, atau laman web itu sendiri atau sebarang perkhidmatan lain yang disampaikan melalui Internet.

Domain induk saya https://koleksiminda.com adalah domain saya juga yang digunakan untuk satu aktiviti perniagaan online.

CONTOH https://wanconsult.com

Itulah DOMAIN. Nama Domain ini datang kosong, tiada laman web lagi. hanya nama sahaja didaftarkan atas nama orang yang membeli domain itu. Nama domain ini akan digunakan untuk memasukkan isi-isi maklumat laman web anda, seperti yang saya buat sekarang ini.

HOSTING

Apa maksudnya dengan hosting?

Hosting (juga dikenali sebagai laman web hosting atau web hosting ) adalah perniagaan perumahan, berkhidmat, dan mengekalkan fail untuk satu atau lebih laman web. Dalam erti kata lain, anda menyewa ruang pada komputer untuk memegang tapak web anda.

Maksudnya, Domain anda tadi menyewa satu ruangan dalam Sayarikat yang mengendalikan internet yang disebut Internet Service Provider (ISP) yang memiliki Surver untuk menyimpan data anda yang anda masukkan dalam laman web anda.

Oleh itu anda perlu membayar untuk membeli Domain dan Hosting untuk membolehkan laman web anda sentiasa berada dalam internet.

Jika tak bayar?. Laman anda akan di nyah aktifkan…

Pinjam lah orang ni punya rajah web hosting sekejap yer…

Ini contohnya… semua benda di simpan di sini. Apabila orang taip cari, ia akan keluar dari sini

PROGRAM MEMBINA LAMAN WEB

Anda tentu pernah dengar sangat nama WordPress, Blogger, CPanel dan lain-lain. Tak perlu ambil tahu banyak sangat, nanti pening kepala. Saya ambil tahu 2 3 perkara sahaja.

Sekarang orang sibuk buat Blog. Blog ini sebenarnya hampir menyamai laman web tetapi blog ia lebih kepada ‘kurang profesional’ walaupun boleh diakses untuk membeli atau menjual barang. Blog saya menulis macam-macam seperti di https://wannotes.blogspot.com . Kita tulis, orang baca. Orang nak beli, dia beli jika dia percaya. Boleh juga lah…!!!

Sekarang jika nak bina laman web, kita gunakan CPanel.

cPanel adalah panel kawalan web hosting berasaskan Linux dalam talian yang menyediakan antara muka grafik dan alat automasi yang direka untuk mempermudah proses hosting laman web kepada pemilik laman web atau “pengguna akhir”

Dalam CPanel ini ada lah langkah-langkah yang perlu digunakan untuk membina laman web, mengisi maklumat, menyimpan dan akhirnya memuat naik ke internet maya yang boleh dicapai atau dilayari oleh pelanggan kita.

Fuh…!!!!. Susahnya…!!!

Ya..itulah sebabnya kos membeli sebuah laman web atau mengupah orang membinanya adalah tinggi. Bukan mudah beb… Itu tak kira lagi proses mengeditnya bila perlu dilakukan.

Namun, saya telah menggunakan Laman Web semenjak 8 tahun yang lalu. Saya gunakan sepernuhnya sebab saya tahu. Jika anda tak tahu, macam mana nak buat.

Lihat….
mestilah menggunakan laman web
Saya menggunakan laman ini untuk mempromosi dan mengendalikan puluhan ribu permohonan online selama bertahun

Dan, kerana kesusahan itu, saya menawarkan PAKEJ MUDAH DAN MURAH UNTUK ANDA sila klik di sini

162total visits,1visits today