Tips Membeli Hartanah Pertama (bhg 1)

JANGAN MAHAL

Jangan beli rumah ‘Mahal’ sebagai rumah pertama anda, beli yang kecil dan sederhana sebagai pemula. Bila rumah kita mahal, kita tidak boleh kemana mana, orang naik Air Asia. Kita setakat Pantai Merdeka saja.

JANGAN BESAR

Jangan beli rumah yang besar sebagai rumah pertama, hidup baru berdua. Jangan buli isteri ‘mop’ lantai sampai pepagi. Semakin besar rumah kita semakin rugi, anak belum ada lagi. Jika rumah sendiri ia dianggap liabiliti sebab semua kita bayar sendiri.

IKLAN.. RUMAH UNTUK DIJUAL FREE DEPOSIT, FREE BOOKING, FREE LEGAL FEES (KLIK)

JANGAN DI KAMPUNG

Jangan beli rumah pertama untuk simpanan pesaraan di kampung kita nanti, rumah yang lama tak diduduki akan penuh dengan anai anai, jin dan hantu gigi. Beli rumah yang ada potensi untuk disewakan atau dijual kembali, baru hidup berseri seri.

JANGAN MAKSIMUMKAN GAJI

Jangan beli rumah hingga semua gaji membayar hutang rumah itu sahaja, kita nak jalan jalan juga naik Air Asia. Dengan maksimumkan gaji buat simpanan dan pelaburan kita tiada, duit kita cukup cukup bayar semua benda. Nak pakai bulu mata pun sukar rasanya. Apatah lagi nak pakai bulu dada. Sebaiknya pinjaman perumahan yang sihat tidak melebihi 35% dari gaji kita. Barulah hidup aman sentosa. (35% x Gaji Kita = Ansuran Bulanan)

JANGAN BELI TANAH

Jangan pasang impian beli tanah untuk bina rumah, hutang PTPTN pun buat kita susah. Nie nak tambah pulak hutang tanah. Beli tanah merupakan gaya pelaburan dulu, duit kita tertanam dalam tanah itu. Kita tak tahu bila simpanan cukup untuk bina rumah atas tanah itu. Ambil pembiayaan peribadi beli tanah bukan langkah bijak, apatah lagi buat rumah dengannya. Kadar tinggi dan tempoh biaya yang singkat buat perut kita rasa senak. Tidak banyak bank yang beri pembiayaan membeli tanah, kita harus guna simpanan sendiri atau pembiayaan peribadi

Total Page Visits: 49 - Today Page Visits: 3