LANGKAH KETIGA PEMBELIAN HARTANAH (RUMAH)

LANGKAH KETIGA – CARI RUMAH

(Tulisan ini adalah pandangan peribadi saya sahaja)

  • Dari tulisan awal saya, sudah saya sebutkan kita SEMAK berapa jumlah kita boleh meminjam dan anggaran berapa kita akan diberi pinjaman serta berapa KWSP kita ada dalam akaun 2.
  • Kemudian kita telah membuat KIRAAN berpandukan slip gaji kita supaya tidak melebih 60% potongan serta telah menyemak jadual LPPSA tentang kelayakan kita membeli rumah yang berharga sekian-sekian.
  • Kita sudah mendapat gambaran kan..??!!

Jika gaji kita “tidak pernah diusik” dengan HUTANG JAHAT , seperti artikel yang saya pinjam dari internet, maka kita ada 60% gaji untuk membayar ansuran rumah tersebut. Seperti contoh terdahulu, jika gaji RM 5000.00 kita layak membeli rumah berharga RM 500,000.00 dengan bayaran bulanan RM3,000.00 .

Namun, tak kan kita nak beli rumah yang ansurannya ngam-ngam dengan RM3,000.00 . Wang kontingensi langsung tak ada kerana 40% lagi itu (bermaksud RM 2,000.00) adalah perbelanjaan habis kita.

Pilih Rumah Yang Mampu

Langkah mencari rumah yang mampu ini perlu berpaksikan kepada berapa RM yang mampu kita bayar ansuran bulanan. Hanya kita yang tahu setelah kita kira. Jika kita fikir mahu guna RM 2,000.00 untuk ansuran bulanan (kiraan kasar dan anggaran) harga rumah yang patut kita cari adalah lebih kurang RM 390,000.00 pinjaman penuh selama 25 tahun dengan kadar interest 4% setahun. Ansuran RM 2,059.00 sebulan.

Jika kita mahu membayar RM 1500.00 sebulan maka rumah yang kita cari perlulah dalam anggaran harga RM 290,000.00 pinjaman penuh selama 25 tahun dengan kadar faedah 4% setahun seperti kiraan kasar di bawah

Itulah contohnya secara kasar. Jika contoh di atas diubah kerana kita mempunyai simpanan KWSP akaun 2 yang boleh dikeluarkan bagi membiayai 10% pendahuluan (jika ada) maka pinjaman kita berjumlah RM 290,000.00 – 29,000.00 = RM 261,000.00 . Maka bayaran bulanan adalah RM 1377.00 sebulan. (27.54% dari gaji anda). Terpulang kepada anda.

(nota: Amaun dalam Akaun 2 KWSP anda usahlah diguna habis kerana suatu ketika anda perlukan untuk membiayai pendidikan anak anda). Begitu juga, 60% yang boleh dibelanjakan untuk membayar ansuran bulanan rumah perlu anda reserve kan kerana anda mempunyai komitment terhadap kenderaan dan sebagainya ataupun pinjaman peribadi ad-hoc untuk tujuan yang terpaksa.

Oleh itu, anda mulakan fokus mencari rumah mengikut garis ketetapan yang selari dengan gaji, kemampuan membayar ansuran tanpa menjejaskan kehidupan harian anda. Carilah rumah antara RM 290,000.00 hingga RM 390,000.00 yang sesuai untuk anda.

Beberapa pertimbangan lain yang perlu diberi perhatian semasa mencari rumah akan dibincangkan dalam posting selepas ini. 

Jika anda ingin membeli rumah atau mendapatkan pandangan, sila hubungi saya

  • Wan Zainal 0129026198
  • REN 36476
  • Ian Scott International Malaysia .

Terima kasih. Jumpa lagi

Total Page Visits: 15 - Today Page Visits: 2