LANGKAH KEDUA PEMBELIAN HARTANAH (RUMAH)

KIRA BERAPA BANYAK ANDA BOLEH MEMINJAM?

Terdapat 2 Situasi dalam bincang ilmu kita kali ini. 

  1. Pertama, Mengira kelayakan dan jumlah pinjaman yang layak bagi seorang PENJAWAT AWAM
  2. Kedua, Mengira kelayakan dan jumlah pinjaman yang layak bagi seorang PENJAWAT SWASTA

Saya bincangkan dahulu mengenai yang Pertama PENJAWAT AWAM

KITA cuba berpandukan kepada petikan ini :-

Berkuat kuasa mulai 01 April 2015 iaitu

Jumlah keseluruhan potongan di dalam slip gaji termasuk potongan rumah tidak boleh melebihi 60% daripada Gaji Kasar”.

Bagaimana pengiraan kelayakan pinjaman perumahan kerajaan (LPPSA) dibuat? 

Untuk mengira anggaran kelayakan pinjaman perlu melalui 3 langkah :

  • Langkah 1 : Kelayakan berdasarkan Gaji Pokok/Hakiki semasa. Caranya, SEMAK Gaji Pokok/Hakiki di dalam slip gaji dan rujuk jadual kelayakan di bawah.

PADANKAN DENGAN JADUAL DI BAWAH

Contohnya jika gaji pokok RM4,500.00, kelayakan adalah RM500,000.00

  • Langkah 2 : KIRA Pastikan ansuran bulanan Pinjaman tidak boleh melebihi 60% daripada Gaji Pokok/Hakiki semasa.
  • BAYARAN ANSURAN BULANAN pinjaman akan berubah berdasarkan Nilai Hartanah, Pinjaman yang Dipohon, Umur dan Tempoh Pinjaman. 
  • Contohnya jika gaji pokok RM5,000.00 maka sila buat perkiraan dengan memastikan ansuran bulanan tidak melebihi
  • RM3,000.00 sebulan (5000 x 60%).

Langkah 3 : KIRA POTONGAN SEMUA DALAM SLIP GAJI Potongan di dalam slip gaji harus lah tidak melebihi 60% daripada Gaji Kasar semasa.

Oleh itu, potongan di dalam slip gaji adalah TIDAK BOLEH melebihi 60% daripada jumlah gaji kasar.

UNTUK PENERANGAN LANJUT BOLEH HUBUNGI SAYA

UNTUK SESI TEMUJANJI

  • WAN 0129026198
  • REN 36476
Total Page Visits: 14 - Today Page Visits: 2