Beli Rumah: Pelaburan Atau Membazir?

Pertamanya,

Jangan lah marah saya kerana menimbulkan persoalan di atas. Orang yang kata beli rumah adalah pelaburan tentunya tidak setuju dengan orang yang yakin bahawa beli rumah itu membazir.

Kedua,

Kita ketepikan dulu soal ‘mana nak duduk’ jika tak beli rumah..!!!, kerana jawapan kepada persoalan itu adalah menyewa.

Ketiga,

Sampai bila nak menyewa??

Semua tiga perkara di atas menjadi perdebatan kepada semua kita yang masih belum ada rumah. Tidak kiralah samada rumah prima, rumah, flat, atau rumah kampung.

Yang pastinya kita tiada rumah.

LAGI UNTUNG SIMPAN DUIT..!!!??

Hari – hari kita bekerja maka kita pun menyimpan lah. Sedikit-sedikit. Kita tak buat HUTANG JAHAT. Kita tak buat pinjaman peribadi untuk kawin, kita tak buat pinjaman peribadi untuk beli kereta mahal… kita merancang dengan baik.

simpan lebih sikit

KIta pun akhirnya berjaya menukarkan SYILING simpanan menjadi Ringgit. Simpan dah menjadi semakin banyak. Ada yang terlupa, kita boleh juga jumpa dengan KWSP, semak berapa akaun 2 kita ada. Itu juga simpanan kita selain dari dari simpanan sendiri.

SIMPANAN KWSP AKAUN 2 SUDAH ADA 10 RIBU

Kena rajin kira. rajin semak. Berapa anda ada dalam akaun 2 KWSP. Tak semak, tak tahu, macam saya dulu, tak pandai, tak semak, biar saja kerja sampai 15 tahun masih duduk rumah sewa. Sangat rugi.

Jadi itu juga simpanan. Simpanan itu boleh buat modal pelaburan, bukan buat joli. tak boleh keluar untuk joli. Saya dulu ada hamba allah bagitau akaun 2 tu boleh keluarkan untuk deposit rumah, tapi selepas 15 tahun kerja dan duduk menyewa.

BAYAR SEWA 500 SEBULAN

Kerugian saya adalah bayar sewa 500 sebulan selama 15 tahun. setahun saya bayar 6000 . 15 tahun bermakna saya sudah bayar sewa sebanyak RM 90,000.00

Ini bermakna saya sudah boleh bayar sebuah rumah kos sederhana plus interest selama 15 tahun dan rumah sudah jadi milik saya. Waktu umur saya 40 tahun, saya tidak mempunyai rumah, melainkan rumah sewa. RUGI.

Sepatutnya selepas 5 tahun bekerja, saya boleh membeli rumah dengan membuat personal loan 10 ribu untuk membuat deposit rumah dan membayar selama 10 tahun. Sama tarikh dengan saya sewa rumah (10 tahun) saya masih berbaki 5 tahun = saya sudah membayar sebanyak 12000.00.

Saya ada baki 6 tahun lagi untuk settle rumah ( RM 30,000 lagi) tetapi saya sedang memiliki rumah. Setelah bekerja selama 10 tahun, wang yang dipotong melalui Biro Angkasa itu sudah semakin berkurang. Asalnya pinjam 10 K dan selepas 10 tahun hutang anda mungkin dah nak habis atau dah habis dengan Angkasa. Rumah dah 3/4 selesai bayar. Bakinya ada 1/4 lagi. Boleh buat loan semula untuk selesaikan hutang rumah dan hanya membayar loan sahaja.

BILA NAK GUNA AKAUN 2 KWSP?

Inilah masaya, Jika baki akaun rumah anda kecil, mohon dengan kwsp untuk bayar rumah itu. Jika simpanan akaun 2 anda tidak banyak, simpan dia untuk pendidikan anak anda nanti. Mudah kan… semak lah dengan kwsp.

Nak guna atau simpan akaun 2 KWSP?

Gunalah sebahagian untuk menyelesaikan rumah anada dan sebahagian lagi untuk pendidikan anak anda. Jangan lokek kerana, akaun 2 kwsp boleh digunakan untuk membuat deposit pembelian rumah anda bagi yang belum guna lagi.

BUAT KEPUTUSAN BELI RUMAH

Akhirnaya, anda perlu buat keputusan untuk memiliki rumah bukan melihat orang lain memiliki rumah…. Tanya atau hubungi saya untuk perincian dan pengiraan yang sesuai untuk anda… wan 0129026198

Total Page Visits: 136 - Today Page Visits: 2