BANDAR ENSTEK – Lokasi Strategik IKS

LOKASI DAN PLAN BANDAR ENSTEK

Bandar Enstek (Enstek bermaksud East Negeri Sembilan Technology Koridor), terletak betul-betul bersembpadan dengan Selatan Negeri Selangor. Disempadani oleh Pekan Salak, Formula 1. KLIA dan KLIA2, Kota Seriemas dan Labu Sendayan serta Seremban.

Jaringan perhubungan darat dan udara yang menghubungkan Bandar Enstek ke Kuala Lumpur, Shah Alam dan Seremban ke Melaka melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Shah Alam Ekspressway (KESAS), Central Link Expressway (ELITE) menjadikan kawasan ini sesuai sebagai hub pembangunan ekonomi dan kependudukan/kediaman yang sesuai dilabur oleh para pelabur.

Lebuhraya Damansara- Puchong Expressway (LDP) yang menghubungkan Bandar Enstek dengan CBD Kuala Lumpur untuk bahagian utara dan Seremban-Port Dickson Highway (SPDH) meletakkan kawasan ini sebagai pusat pertumbungan koridor selatan Kuala Lumpur.

Perhubungan dengan Cyberjaya, Putrajaya sudah semakin pantas dengan wujudnya ELITE disamping jalan dari Enstek, Salak, Salak Tinggi, Dengkil, Cyberjaya dan Putrajaya.

Guthrie Corridor Expressway(GCE) yang menghubungkan ELITE dengan Lebuhraya Plus ke Utara menjadikan kawasan ini mempunyai rangkaian pengangkutan yang terbaik.

PERANCANGAN JARINGAN PENGANGKUTAN MODEN

Perancangan membina Senawang-KLIA- Salak Tinggi Ekspressway (SKKLIA) yang melalui betul-betul dalam kawasan Techpark@enstek ini memberi nilai tambah di masa hadapan. Cadangan High Speed Rail Singapor – Kuala Lumpur by SPAD, ERL Extention (KLIA – Labu Integrated transport terminal serta West Coast Expressway menjadi nilai tambah kepada urusan perniagaan dan perdagangan di masa hadapan.

Kenapa IKS wajar melabur di Techpark@enstek?

1-JARAK

Bandar Enstek terletak hanya dalam lingkugan kurang 20 kilometer dari KLIA1, KLIA2, Nilai, Salak Tinggi, Dengkil, Sendayan Tech Valley, Bandar Sri Sendayan dan Seremban.

Ia terletak kurang 30 Kilometer ke Banting, Cyberjaya, Putrajaya, Kajang dan Semenyih.

Jaraknya hanya 40 Kilometer ke Puchong, Subangjaya dan 50 Kiolometer ke Kuala Lumpur, Shah Alam dan Klang.

Dengan jaringan pengangkutan yang lengkap dan jarak munasabah untuk pergerakan kenderaan barangan, ia menjadikan kawasan Enstek sesuai untuk pelaburan.

2. KAWASAN PEMBANGUNAN YANG MAPAN

Peringkat awal pembangunan Enstek sejak lebih 15 tahun yang lalu sudah tentunya menumpukan kepada pembangunan kawasan kediaman. Luas kawasannya yang meliputi beberapa fasa pembangunan perumahan seperti Persada, Jentayu, Cendrawasih, Rembulan dan lain-lain.

A) KEDIAMAN YANG TELAH SIAP

B) BANGUNAN INDUSTRI YANT TELAH SIAP

C) KEDIAMAN SEDANG DIBINA DAN SEDANG DIJUAL

D) BANGUNAN KOMERSIL SEDANG DIJUAL

E) KEDIAMAN AKAN DATANG

F) BANGUNAN KOMERSIL AKAN DATANG (MAHAWANGSA)

G) TECHPARK @ENSTEK – INDUSTRIAL AREA

Call Us To View and Discuss about the property.

606total visits,1visits today