Sebab Pertama Memiliki Laman Web

LAMAN WEB BEROPERASI 24 JAM

Salam Sejahtera, Selamat datang dan melayari laman kami. Laman Induk kami ialah KOLEKSIMINDA.COM .Laman pemasaran KPJUC kami adalah KPJMARKETING.COM dan akses permohonan online kami boleh ditemui di semua laman kami atau LINK INI.

Walaupun saya sudah senaraikan 15 sebab kenapa usahawan online perlu ada website tetapi kita bincang satu persatu sehinggalah 15 posting saya berakhir. Posting ini membicarakan tentang  waktu operasi.

#1-WAKTU OPERASI 24 JAM

Semua orang sedia maklum bahawa laman web akan beroperasi sepanjang 24 jam dan 365 hari setahun kecuali jika ianya dilanda masalah server atau hacking.Selainnya ia akan sentiasa berada di alam manya dan boleh dicapai dari seluruh dunia (bergantung kepada aktiviti SEO anda) dan oleh sesiapa sahaja. Katakan sewaktu anda sedang tidur nyenyak dibuai mimpi indah menjadi jutawan seperti Irfan Khairy. Semasa anda sedang bermimpi itu, pelanggan maya anda yang anda tidak pernah kenal pun menjumpai laman web anda kerana dia ingin membeli beberapa pasang kain untuk hadiah kepada isterinya.Maka dia pun berpuashati dengan maklumat yang anda berikan dalam laman web anda. lalu dia membuat belian online dan membuat bayaran kepada anda pada malam itu.  Pengunjung laman anda sudah bertukar menjadi pelanggan dan telah memberikan pendapatan kepada anda sewaktu anda sedang tidur. Bestkan… Ya, itulah kedai 24 jam anda. Facebook Page, Instagram, Twitter, Whatapps, Telegram dan Messenger semua saya ada..!!! Bayang kan , seorang rakan anda yang juga peniaga online tidak mempunyai laman web. Dia mepromosikan produk nya dio media sosial seperti di atas.Pada malam yang sama, dia sedang nyenyak tidur dan bermimpi menjadi jutawan juga. Pelanggan yang sama yang membeli kain anda tadi telah terlebih dulu menghantar komen, mesenger, whatapps kepadanya kerana ingin membeli segera 3 pasang kain tadi TETAPI KAWAN ANDA TIDAK MENJAWABNYA kerana dia TIDUR. Maka pelanggan tadi telah pun menjadi pemb eli anda kerana laman web anda. Sedikit PengalamanSaya berfikir tentang perkara ini pada tahun 2008, sembilan tahun yang lepas. Saya baru mula berjinak-jinak untuk berniaga online (secara try and error) kerana tidak pernah ada sifu yang mengajar secara formal. Saya terjumpa seorang hamba Allah dalam internet yang mengiklan untuk menyertainya berbisnes online, tetapi ia menjualnya ‘bahan bercetak’   Berasaskan bahan-bahan itu, saya mula berjinak-jinak dengan perniagaan online tetapi pada waktu itu sangat sukar kerana saya tiada komputer, telefon pun guna Nokia 3310. Berkobarlah untuk berniaga, cuba berniaga online, kumpul duit dan belilah sebuah Laptop kecil yang paling murah (jangan risau, ada lagi dan masih boleh digunakan sampai sekarang walaupun ia sangat perlahan) Oleh kerana (tiada cikgu internet) maka saya hantam sajalah kerana saya ingin menjual CD Powerpoint bahan-bahan ceramah saya dengan harga RM30.00 1 CD ceramah 1 tajuk dalam Powerpoint sedia guna. Saya juallah di http://arenabiz.net (sekarang dah tiada-last 2012) tapi sekarang ada Mudah.mydan juga 1kedai.com . Dapat banyak juga pendapatan.Kemudian saya membeli wanbizz dari Yahoo (anda boleh searh sejarahnya, ia tidak lama kerana saya menjual ebook online dari CLICKBANK INTERNATIONAL yang kurang laris di Malaysia kecuali ebook “How To Make Money With Ebook”. Saya tutup wanbizz dan dimaklumkan dalam blog saya http://wannotes.blogspot.com/2011/01/penutupan-laman-web-wanbizzcom.html pada 17 Januari 2011 kerana ingin membuka KOLEKSIMINDA.COM pada 2011 yang saya guna hingga sekarang. Alhamdulillah, Koleksiminda yang dibina dengan belajar 100%  dari internet bagaimana untuk membina laman web menggunakan C-Panel akhirnmya mencipta pendatan 1 juta pertama pada Disember 2016. Jadi benarlah kata sifu saya, Irfan Khairy, “Laman Web sangat penting. Kita bukan perlukan laman web yang mahal tetapi laman web yang boleh menjual”.Nanti kita sambung lagi…… sebab yang ke 2…

Total Page Visits: 222 - Today Page Visits: 1