Sebab ke 6 Memiliki Laman Web

Ramai penganalisis luar negara meramalkan kedai biasa mungkin akan gulung tikar berikutan pengguna lebih gemar membeli barangan secara online dan hanya ke kedai untuk membeli makanan atau minuman.

Satu laporan penyelidik pasaran ACNielsen sebelum ini mendapati kebanyakan penduduk Britain memilih Internet sebagai medium berbelanja bagi tujuan pelancongan, membeli gajet atau memohon pinjaman bank, sekali gus menjadi trend terbaru membeli-belah mereka.

 

Tidak dinafikan, peranan Internet dalam membentuk pilihan pengguna bersama iklan, mulut ke mulut, ‘window shopping’, pengalaman lalu dan jenama memberi impak kuat dalam menentukan kuasa pembeli.

 

Bagaimanapun, peranan rekabentuk laman web yang cantik, mudah dan mesra pengguna merupakan perkara penting berbanding pelanggan terpaksa pergi ke kedai yang dihias cantik di pasaraya untuk melihatnya.

Rekabentuk laman web yang cantik dan mudah, menarik pelanggan dan menambah keyakinan pelanggan.

Oleh itu, kedai fizikal akan terkebelakang kerana manuasia sekarang lebih suka mengunjungi laman web berbanding pergi melihat kedai fizikal walaupun ianya cantik.

Terima kasih