Sebab Ke 3 Memiliki Laman Web

Salah satu langkah yang amat penting bagi menjenamakan bisnes adalah dengan membina laman web. 

Laman web boleh memberi Penjenamaan kepada bisnes anda. 

Penjenamaan Peribadi

Membina laman web atas nama peribadi seperti Irfan Khairy akan meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan netizen terhadap produk atau perkhidmatan anda. Semakin ramai mengenali ciri-ciri Businessman anda, maka laman web anda akan menjadi rujukan.

Laman web perniagaan kecil

Kejayaan Sebuah Perniagaan Kecil Bergantung Kepada Kualiti Laman Web

Walaupun tidak ramai yang boleh menjadi pereka laman web, adalah penting untuk mereka bentuk laman web yang dapat mencapai matlamat perniagaan dan dioptimumkan untuk pengguna Internet moden. Banyak perniagaan kecil, merasakan bahawa mereka perlu mengeluarkan jumlah wang yang banyak untuk membina sebuah laman web. 

Seterusnya apabila kita membuat laman web di internet untuk meluaskan perniagaan kita. Pastikan nilai-nilai manusia terdapat di website tersebut. Ramai orang cuba menunjukkan bahawa syarikat mereka ini besar dan hebat dalam website. Kaedah ini bakal menikam kita semula kerana kita menghilangkan semua penjenamaan peribadi yang kita telah sedia ada dalam perniagaan kecil. Kita tidak lagi menjadi unik dan istimewa dari mata pelanggan.

Sebenarnya, membina jenama tidak memerlukan modal yang besar sekiranya teknik dan strategi yang betul digunakan.

Dengan mempelajari teknik dan strategi membina jenama perniagaan secara offline dan online, perniagaan kecil juga dapat membina jenama yang besar pada kos yang minima.

Pengiklanan sahaja akan merugikan sesuatu perniagaan sekiranya perniagaan tersebt tidak tahu strategi membina jenama. Pengiklanan mungkin akan memberi pulangan jangka pendek, tetapi, dengan membina jenama perniagaan, ia akan memberi pulangan jangka masa panjang – Irfan Khairi