Di Antara Impian Dan Realiti

Selamat Pagi,

Seringkali kita akan terpegun melihat kejayaan yang dicapai oleh orang-orang yang telah berjaya. Kita melihat kesenangan yang mereka kecapi.

Kita menghitung kemewahan mereka, menggarap dan menilai. Kita berkata bahawa mereka hebat, mereka dari kelompok keluarga yang punyai segalanya. Mereka ada modal, mereka ada kelulusan dan mereka ada ‘contact’.

Hairan juga mereka boleh berjaya menjadi begitu hebat dalam berniaga.

Pernahkah kita bertanya apakah ‘tindakan’ yang telah mereka lakukan?.

Kita seperti mereka dan mereka juga seperti kita. Tiada beza. Suatu ketika dulu mereka juga memulakan sesuatu dari ‘kecil dan dhaif’ seperti kita. Tiada yg terus mulakan dengan terus menjadi besar.

Mereka seperti @irfankhairi @DSV, @Syed Mokhtar @RobertKuok @TonyFernandez mungkin mereka mulakan dari seorang Salesman atau salesgirl. Ini tanggapan kita. Mungkin tidak benar. Jadi, tindakan kita adalah mencari siapa mereka dahulu dan bagaimana mereka lakukan untuk mencapai impian mereka.

Ini cerita DSV dahulu…

http://intrend.com.my/personaliti/temu-bual-eksklusif/dato-seri-vida

“Saya adalah graduat Fakulti Pendidikan Universiti Sains Malaysia. Selepas ditauliahkan, saya menggalas tanggungjawab sebagai pendidik. Saya mengajar secara profesional selama 12 tahun. Antara pengalaman mengajar termasuklah menjadi pendidik di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Poi Lam di Ipoh, Perak”

“Sejarah keusahawanan Dato’ Seri? Dari mana bakat perniagaan ini bermula?

Semasa darjah lima, saya belajar membuat kuih lapis untuk dijual. Semasa tingkatan satu, saya menjual kosmetik. Dulu-dulu, zaman bersekolah (sesi petang), saya suka keluar rumah lebih awal lalu ‘lepak’ di sebuah salun rambut. 

Lepak bukan sebarang lepak. Tetapi saya lepak mengamati, meneliti sambil mempelajari cara-cara serta teknik menggunting, mengerinting, mewarna rambut, mendandan, juga cara-cara membuat rawatan wap wajah dan kulit. 

Dari salun, saya lepak di kedai kosmetik di Tanah Merah pula. Pemiliknya, seorang wanita Cina. Di kedai kosmetik inilah saya beranikan diri mengambil beberapa batang gincu, bedak padat dan celak untuk dijual semula. Saya cuma ambil-bayar-ambil-bayar. Dapatlah untung berdikit-dikit. Kadang-kadang, kalau nyonya mahu kosongkan stor kedai, itu pun menjadi punca rezeki saya. Bekas plastik makanan yang mahu dibuangnya itu pun saya jual, haha.”

Anda bolehlah membaca seterusnya di sini http://intrend.com.my/personaliti/temu-bual-eksklusif/dato-seri-vida 

Mereka mungkin mulakan dari sebuah Enterprise sehingga menjadi Konglemerat yg hebat dan ternama.

Apakah ‘tindakan’ yang mereka lakukan untuk mencapai impian itu?

Ini tindakan mereka:

“Saya kuat dan suka bekerja. Saya bekerja 24/7. Betul, banyak orang mungkin berkata, senanglah cakap, dia buat bisnes sendiri, memanglah waktu kerja dia fleksibel. Tetapi harus ingat, walau fleksibel, komitmen terhadap rangkaian bisnes terlalu padat. Benar saya ada tiga orang PA (Personal Assistant), tetapi banyak perkara perlu pemantauan ketat. Ceramah kecantikan, menyelia aliran stok, bertemu para stokis, mendengar masalah mereka, mengawal penyata kewangan, menghadiri mesyuarat, menyelia operasi syarikat, menyertai sesi temu ramah media”

Menggariskan ‘berapa’ banyak tindakan yang telah mereka lakukan bukanlah pilihan saya dalam tulisan kerdil ini, namun itulah yg perlu sama-sama kita cari.

Kita lihat sedikit Tentang Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

“Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951, dan merupakan anak ketiga daripada tujuh orang adik-beradik. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. Masa kecilnya dihabiskan dengan membantu keluarganya untuk menambah pendapatan harian bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga. Ketika beliau masih di alam persekolahan, beliau sentiasa membantu ibunya menjual sayur-sayuran di pasar.”

Manakala selepas pulang dari sekolah, beliau akan membantu bapanya menternak lembu dan kerbau di pusat kuarantin berhampiran dengan stesen kereta api di Alor Setar. Menyentuh mengenai latar belakang pendidikan, ternyata Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah seorang yang berpendidikan tinggi. Namun, beliau mempunyai banyak ilmu hasil dari pengalaman beliau dalam membantu ibu dan bapanya di pasar dan membuat kira-kira.

Akibat terjadinya wabak kuku dan mulut pada haiwan ternakan bapanya yang menyebabkan kerugian besar, Tan Sri Mohktar Al-Bukhari membuat keputusan untuk mengambil alih perniagaan bapanya dan beralih kepada perniagaan daging lembu dan kerbau secara kecil-kecilan.” 

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, Jutawan Islam di Malaysia

Jika kita sedang berada di pantai dan ingin ke pulau, maka kita perlu memikirkan bagaimana?

Adakah kita ingin berenang?. Atau meminta ihsan orang menghantar ke pulau itu sebagai jalan pintas?. Ingin tumpang bot yang lalu lalang?. Bolehkah?. Itulah persoalan kita sekarang.

Bagaimana orang-orang yang telah berjaya sampai ke pulau itu?. Tanyalah mereka…

Mereka menggunakan ilmu untuk mencari jalan itu. Mereka berusaha, mendapatkan panduan, mencari apakah tindakan yg telah dilakukan oleh mereka yang berjaya. Mereka menyelidik, mendapatkan maklumat dan menggunakan maklumat itu untuk mencapai impian mereka.

Itulah tindakan awal yang pasti dan mesti dilakukan pada peringkat permulaan untuk berjaya. Sebenarnya, tiada jalan pintas untuk kita berjaya.

Marilah kita sama-sama belajar dari panduan mereka yang telah berjaya kongsikan seperti kata TS Syed Mokhtar dalam FB nya..

“Usahawan adalah ditakrifkan sebagai gerak laku atau cara usahawan bertindak terhadap peluang, memulakan perniagaan, mengembangkan dan mempertahankan kemajuan perniagaan yang telah diterokainya.” – TS Syed Mokhtar..

Terima kasih.

Total Page Visits: 168 - Today Page Visits: 1